Kerani am pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan. Kerani am pejabat menjalankan pelbagai tugas yang telah dikelaskan dalam mana-mana pekerjaan perkeranian pejabat yang khusus dan memerlukan pengetahuan yang terhad dalam sistem dan prosedur pengurusan pejabat. Tugasan melibatkan membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sebagai contoh aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tanah; pendaftaran, pelupusan, pungutan hasil, pembangunan dan tugas-tugas lain yang berkaitan; Tugas perkeranian juga boleh ditetapkan menurut prosedur pejabat dan merangkumi menjawab telefon, membuat kunci kira-kira, menaip atau pemprosesan kata, pentrengkasan, pengendalian mesin pejabat, pemfailan, rekod dan membantu khidmat pelanggan.
Tugas merangkumi:
ï‚· merekodkan, menyediakan, mengisihkan, mengelaskan, dan memfailkan maklumat;
ï‚· mengisihkan, membuka, dan menghantar mel;
ï‚· membuat fotokopi dan memfaksimile dokumen;
ï‚· menyediakan laporan kerja rutin;
ï‚· merekodkan pengeluaran peralatan kepada kakitangan;
ï‚· melayani panggilan telefon atau pertanyaan elektronik dan menyambungkan kepada
orang yang berkenaan;
ï‚· menyalin maklumat ke dalam komputer, dan membaca pruf serta membetulkan salinan;
ï‚· membantu tugasan khidmat pelanggan
ï‚· menjalankan tugas yang berkaitan;
ï‚· menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Semak senarai terkini jawatan kosong kerani di Malaysia. Klik butang dibawah:

Tajuk: Jawatan Kosong Kerani Terkini
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.